Halaman

Isnin, 17 Ogos 2026

Gerak Yang Keenam Puluh Lima

"Maka berjayalah seseorang itu tatkala ia diberi kemaafan oleh seseorang yang lain atau oleh ramai orang atas tiap-tiap kesalahan dirinya sama ada dia tahu atau tidak tahu akan tiap-tiap kesalahan itu sama ada kecil ataupun besar. Seboleh yang mungkin maafkanlah kepada semua orang sama ada atas tiap-tiap kesalahan yang dirimu sedar ataupun tidak sedar. Pohonlah kemaafan dan berilah kemaafan kerana kehinaan tidak berdiri di sisi kemaafan dan keampunan Ilahi..."



Gerak Hati Ini kucatat pada 3 Rabi'ul-Awwal dalam tahun satu ribu empat ratus empat puluh lapan Hijriah bersamaan enam belas haribulan lapan di dalam tahun dua ribu dua puluh enam Masihi di dalam rumah isteriku dalam Kuala Nerus di dalam negeri Terengganu Darul Iman.


...syukur dan selawat



Khamis, 19 Februari 2026

Gerak Yang Keenam Puluh Empat

"Ketahuilah olehmu sekalian anak Adam bahawa sanya sebatang lidahmu tidaklah berada di dalam rongga mulutmu kerana sesungguhnya lidah yang sebenar-benarnya kepada seluruh tubuhmu adalah berada pada seketul darah bernama hati. Oleh hal yang demikian, menahan umpat dan dusta dengan hati adalah terlebih payah seumpama berdepan ribuan musuh di medan perang, sedangkan menahan lidah di dalam rongga mulut hanyalah bersenjatakan kata-kata yang dilafazkan jua adanya..."

 

  Gerak Hati kucatat pada 1 Ramadhan satu ribu empat ratus empat puluh tujuh Hijriah yang tergerak sejak pada dua puluh empat Syaaban di dalam tahun satu ribu empat ratus empat puluh tujuh Hijriah bersamaan dua belas haribulan dua di dalam tahun dua ribu dua puluh enam Masihi di dalam rumah isteriku dalam Manir, Kuala Terengganu. di dalam negeri Terengganu Darul Iman.



...syukur dan selawat.

Jumaat, 9 Januari 2026

Gerak Yang Keenam Puluh Tiga

"Tidakkah memandang olehmu bahawa adalah berhimpun padanya solat itu kedua-dua kemegahan dan kehinaan. Padanya dimulakan dengan qiam-berdiri dan berkesudahan dengan duduk-berteleku. Adapun berdiri itu kemegahan dan duduk itu kehinaan dirimu pada hadirnya roh kehambaan patuh sujud hanya sanya kepada Allah swt jua." 

 

  gerak hatiku ini tergerak pada sembilan belas Rejab dalam tahun satu ribu empat ratus empat puluh tujuh hijriah bersamaan sembilan haribulan satu di dalam tahun dua ribu dua puluh enam Masihi di dalam rumah isteriku dalam Manir, Kuala Terengganu. di dalam negeri Terengganu Darul Iman.



...syukur dan selawat.