Halaman

Khamis, 29 Oktober 2015

Gerak Yang Ketiga Puluh Tiga

'Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya usahlah kamu membuat keputusan dengan menggunakan mata kamu, usahlah kamu membuat keputusan dengan menggunakan telinga kamu, usahlah kamu membuat keputusan dengan menggunakan lidah kamu, usahlah kamu membuat keputusan dengan menggunakan tangan kamu, usahlah kamu membuat keputusan dengan menggunakan segala-galanya, namun berhukumlah kamu dengan menggunakan hati kerana hati adalah pemimpin kepada segala anggota tubuh badan kamu...'


...tergerak pada tanggal dua puluh tujuh hari bulan sepuluh di dalam tahun dua ribu lima belas masihi di dalam musafir berkereta menuju ke madrasah tempat diriku bertugas di dalam daerah kuala nerus di dalam negeri terengganu darul iman pada jam kurang lebih pukul tujuh dua minit pagi yakni pada hari selasa. Dan Gerak Hati Jauhari ini ditinta pada tanggal dua puluh sembilan hari bulan yang sama di dalam tahun yang sama.

 ...syukur dan selawat...

Khamis, 26 Februari 2015

Gerak Yang Ketiga Puluh Dua



"Dan ketahuilah olehmu wahai sekalian anak Adam bahawa tidaklah dinamakan  duduk di dalam sebuah penjara seumpama di dalam sebuah kurungan akan sesuatu jasad seseorang anak Adam itu tetapi yang sebenar sekali seseorang anak Adam itu terpenjara apabila ia tidak mampu lagi berkata-kata akan kebenaran barang sedikitpun dengan lidahnya disebabkan melindungkan ia akan kehendak nafsunya semata-mata, sedangkan akan sesuatu kebenaran itu amatlah jelas kerana kebenaran itu tetap asal dari Allah s.w.t. jua.”
...tergerak dari nubariku setelah lebih satu minggu
setelah dato’ seri anwar bin ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun 
yakni pada dua puluh tiga hari bulan dua 
di dalam tahun dua ribu lima belas masihi 
bersamaan empat jamadil awwal di dalam tahun 
seribu empat ratus tiga puluh enam hijrah dan 
kupenakan pada tanggal dua puluh lima hari bulan dua 
di dalam tahun dua ribu lima belas masihi jua.
  
...syukur dan selawat...