Halaman

Rabu, 23 Ogos 2017

Gerak Yang Keempat Puluh Satu

"Ketahuilah olehmu wahai sekalian anak Adam bahawa sesungguhnya umpamalah kasih dan sayang seseorang ibu itu tatkala menyuap ia apa-apa yang telah dikunyah di dalam mulutnya diluahkan balik untuk disuapkan kepada seseorang anak. Biarpun tiada patut, begitulah diumpama akan kasih dan sayang Tuhan kepada seseorang hamba-Nya bahkan lebih daripada itu kerana tiada patut bagi Tuhan itu dibanding-bandingkan dengan sesuatu akan kasih dan sayang itu pada-Nya.



            kunukil gerak hatiku ini selepas hampir satu bulan di laman nuraniku di dalam rumah isteriku dalam manir pada tiga belas hari bulan tujuh satu di dalam tahun dua ribu tujuh belas masihi pada pukul enam tiga puluh minit pagi bersamaan pada sembilan belas bulan zulkaedah di dalam tahun seribu empat ratus tiga puluh delapan hijri dan gerak ini diturunkan di atas kertas ini pada dua puluh tiga hari bulan lapan di dalam tahun masihi yang sama.



...syukur dan selawat...

INTISARI:

"Dahsyatnya perempuan itu di
pengorbanannya,dia rela berkorban demi orang
Yang ia cintai dan ia menomorduakan dirinya,
demi orang Y9 ia cintai. Contohnya saja seorang
ibu Yg rela kelaparan agar anak-anaknya bisa
makan,lalu dia bilang sudah kenvang
Sedahsyat itu Allah karuniakan sifat berkorban
pada perempuan.

Selasa, 7 Februari 2017

Gerak Yang Keempat Puluh

"Ketahuilah olehmu wahai sekalian anak Adam bahawa sesungguhnya diciptakan akan segala makhluk alam ini adalah bermula padanya di atas kalimah iradat cinta. Maka dengan itu hendaklah kamu memandanglah akan sekalian makhluk ini dengan pandangan cinta dan kasihsayang kerana dengannya kamu akan hidup bahagia yang tiada kesudahan padanya."


            kunukil gerak hatiku ini selepas beberapa hari bersimpuh di laman nuraniku di dalam rumah isteriku dalam kuala nerus pada tujuh hari bulan satu di dalam tahun dua ribu tujuh belas masihi bersamaan pada sembilan bulan jamadil awwal di dalam tahun seribu empat ratus tiga puluh delapan hijri dan gerak ini adalah yang pertama di dalam tahun masihi ini.

...syukur dan selawat...