Halaman

Rabu, 27 November 2013

Gerak Yang Kedua Puluh Enam

'Ketahuilah olehmu bahawa seburuk-buruk seseorang anak Adam itu adalah tatkala ia apabila diberikan kuasa, maka menunjuk-nunjukkanlah ia akan kekuasaannya kepada seseorang yang dikuasainya sedangkan patutlah bagi dirinya menginsafi akan kekuasaan yang telah dipinjamkan kepadanya oleh Yang Maha Berkuasa jua. Demikianlah adanya...'


...tergerak pada tanggal dua puluh satu hari bulan dua di dalam tahun dua ribu dua belas masihi di dalam rumah isteriku di dalam daerah kuala nerus kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman pada jam pukul dua lima puluh tujuh petang yakni pada hari selasa. Dan Gerak Hati Jauhari ini ditinta pada tanggal satu hari bulan tiga di dalam tahun dua ribu dua belas masihi.

 ...syukur dan selawat...



Selasa, 22 Oktober 2013

Gerak Yang Kedua Puluh Lima

'Adapun bahasa-bahasa makhluk Allah s.w.t. itu seperti tuli adalah terbit daripada wujudnya dengar, buta itu terbit daripada lihat, lamun ketahuilah olehmu wahai sekalian anak Adam bahawa hakikat tuli itu tidaklah diam kepada yang tidak bertelinga dan hakikat buta itu tidaklah duduk pada yang tidak bermata sahaja bahkan lahir pada kedua-dua bahasa itu adalah sifat akan sekalian anak-anak Adam yang berpaling daripada mendengar dan melihat  akan segala kejadian-kejadian dan bukti kebenaran jua adanya...'



...tergerak dari hal akan sanubariku ini pada jam lebih kurang pukul lapan empat puluh minit malam yakni pada hari selasa malam rabu tanggal dua puluh enam hari bulan empat di dalam tahun dua ribu sebelas masihi bertempat di dalam teratak bondaku dan ayahku di dalam kampung banggol peradong di dalam mukim manir di dalam daerah kuala terengganu di dalam bandar kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...

Selasa, 8 Oktober 2013

Gerak Yang Kedua Puluh Empat

'Ketahuilah oleh mu, sesungguhnya menyanjungilah ia seseorang anak Adam itu kepada seseorang anak Adam yang mempunyai kelebihan rohani seumpama memiliki ia ketinggian ilmu adalah terlebih baik daripada menyanjungilah ia seseorang anak Adam itu kepada seseorang anak Adam yang lain yang memiliki kelebihan jasmani seumpama mempunyai gagahnya tubuh badan. Demikianlah adanya...'


...tergerak pada pagi hari jumaat tanggal tiga belas hari bulan zulhijjah di dalam tahun satu ribu tiga ratus tiga puluh satu hijriah bersamaan sembilan belas hari bulan sebelas di dalam tahun dua ribu sepuluh masihi bertempat di dalam teratak rumahku halaman al-ehsan di dalam kampung padang nenas di dalam daerah kuala nerus di dalam bandar kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...

Rabu, 11 September 2013

Gerak Yang Kedua Puluh Tiga

'Tiadalah maujud di dalam pustaka makrifah akan istilah cepat atau lambat jua, melainkan adalah ia bahasa bagi orang yang mengejar-ngejar akan kelazatan duniawi sahaja duduknya...'


...gerak kali ini adalah yang telah terlalu lama tetapi dipenakan pada tanggal enam hari bulan sembilan di dalam tahun dua ribu sembilan masihi bersamaan tanggal tujuh belas ramadhan di dalam tahun satu ribu empat ratus tiga puluh hijriah di teratak rumahku halaman al-ehsan di dalam kampung padang nenas di dalam daerah kuala nerus di dalam bandar kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...

Selasa, 27 Ogos 2013

Gerak Yang Kedua Puluh Dua

'Maka duduklah pada marah itu zat segala penyakit dan adalah tiap-tiap senyum itu zat penawar jua adanya...'



...tergerak pada tanggal enam belas hari bulan tujuh di dalam tahun dua ribu sembilan masihi yakni pada hari khamis bertempat di dalam madrasah agama tok jiring di dalam daerah kuala nerus di dalam bandar kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...

Sabtu, 17 Ogos 2013

Gerak Yang Kedua Puluh Satu

'Oleh keikhlasan itu adalah terbit pada ke dua-dua belah tangan setiap anak Adam dan bukan terbit pada hujung lidahnya jua...'



...tergerak pada tanggal lapan hari bulan lima di dalam tahun dua ribu sembilan masihi yakni pada hari jumaat pada jam pukul delapan lima puluh minit pagi di dalam teratak al-ehsan di dalam kampung padang nenas di dalam daerah kuala nerus kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

 ...syukur dan selawat...

Khamis, 15 Ogos 2013

Gerak Yang Kedua Puluh

'Maka di puncak kemuliaanlah seseorang anak Adam itu apakala menurunkan akan dia dahinya mencecah bumi dan terangkatlah dia akan punggung hinanya di ketinggian pada yang dikehendakinya. Itulah sujud hadirat jua ni'mat keabadian hakikat makrifat adanya...'


...tergerak selama dua hari sebelum catatan pena ini diabadikan pada hari khamis delapan belas hari bulan enam di dalam tahun dua ribu sembilan masihi yakni malam jumaat pada pukul dua belas tiga puluh lima minit tengah malam bertempat didalam teratak al-ehsan padang nenas di dalam daerah kuala nerus kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...adapun gerak ini adalah pada yang pertama didalam tahun dua ribu sembilan masihi ini adanya.

...syukur dan selawat...

Ahad, 4 Ogos 2013

Gerak Yang Kesembilan Belas

'Ketahuilah bahawa berfikir fikir berbalik muda di waktu usia sudah tua bangka itu adalah tidak memberi manfaat dan rugi yang amat besar dalam berbuat amal. Oleh usia yang tidak sekali kali berpatah balik ke hari belakang, maka akan bahagialah orang yang beroleh tua bangka akan mata aqal fikirnya sejak diwaktu muda usianya lagi...'


...tergerak pada tanggal dua puluh empat hari bulan sebelas di dalam tahun dua ribu lapan masihi yakni pada hari Isnin pada jam pukul sepuluh malam di dalam teratak al ehsan padang nenas di dalam daerah kuala nerus kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...

Isnin, 1 Julai 2013

Gerak Yang Kedelapan Belas

'Adalah suara yang bergempita dari lidah yang ghalibnya digerakkan oleh kuatnya nafsu ditilik ia pada wajah yang amat buruk. Adapun suara yang bergema dari hati yang ghalibnya digegarkan oleh sucinya nur kalbu ditilik pula ia pada bijaksana tingkahlaku lagi hikmah adanya...'


...tergerak pada tanggal enam belas hari bulan tujuh di dalam tahun dua ribu delapan masihi yakni pada hari rabu di dalam madrasah tok jiring dinniah althanawiyyah di dalam daerah kuala nerus di dalam kawasan bandar kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...

Sabtu, 25 Mei 2013

Gerak Yang Ketujuh Belas

'Betapa sukar jawabnya akan tiap-tiap kesilapan yang sengahaja dilakukan oleh seseorang manusia itu atas alasan melakukan kesilapan itu adalah demi hanya menjalankan sesuatu kebaikan jua. Sedangkan kesilapan dan kebaikan tiada sesekali diam bersama-sama barang sedikit dan sekelumit waktu pun...'


...tergerak di dasar nuraniku pada tanggal dua hari bulan enam di dalam tahun dua ribu lapan masihi yakni pada hari isnin pada pukul sepuluh sepuluh minit malam di dalam teratak al-ehsan di dalam kampung padang nenas di dalam daerah kuala nerus di dalam bandar kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...

Selasa, 23 April 2013

Gerak Yang Keenam Belas

'Bahawa sesungguhnya jihad yang paling payah dilalui oleh tiap-tiap anak Adam adalah berhenti tatkala ia melakukan akan sesuatu hal pada atas nama nafsunya yang sedap-sedap sahaja...'


...tergerak pada tanggal tujuh haribulan lima di dalam tahun masihi dua ribu lapan yakni hari Rabu lebih kurang pada pukul sepuluh dua puluh minit pagi bertempat di dalam Hotel Federal di dalam daerah Bukit Bintang di dalam Bandaraya Kuala Lumpur.

...syukur  dan selawat...

Sabtu, 16 Mac 2013

Gerak Yang Kelima Belas

'Sesungguhnya tiap-tiap kelemahan itu adalah berkumpul kejahatan padanya. Adapun kekuatan bagi tiap-tiap yang lemah tatkala berjaya olehnya memindahkan kelemahan itu pada kekuatan orang lain adanya...'


...tergerak pada tanggal tujuh belas hari bulan empat di dalam tahun dua ribu delapan masihi yakni pada hari khamis lebih kurang pada detik jam pukul sebelas dua puluh lima minit pagi bertempat di dalam bilik mualim di dalam madrasah agama tok jiring di dalam daerah kuala nerus di dalam bandar kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat... 

Ahad, 3 Februari 2013

Gerak Yang Keempat Belas

'Benarlah akan perkataan sahabat bahawa sebaik-baik kejadian adalah 'aqal. Adapun tabiat 'aqal itu adalah fikir. Maka tiadalah 'aqal bagi tiap-tiap yang tiada fikir ia akan kejadian-kejadian Tuhannya. Dan perbuatan fikir sebelum melakukan akan sesuatu adalah puncak kebijaksanaan tiap-tiap anak Adam...'


...tergerak lebih kurang pada jam sembilan dua puluh minit pagi pada rabu pada tanggal dua puluh hari bulan dua di dalam tahun dua ribu lapan masihi di dalam madrasah tok jiring di dalam daerah kuala nerus di dalam kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...

Khamis, 17 Januari 2013

Gerak Yang Ketiga Belas

'Maka ketahuilah bahawa perbuatan meletaklah seseorang itu akan lidahnya di dalam hatinya tatkala menilik ia dan menzahir ia tiap-tiap tutur dan tiap-tiap kata adalah sangat payah dan sangat sedikit jumlahnya. Adapun yang terlebih mudah dan terlebih banyak adalah seseorang itu meletaklah akan hatinya pada hujung lembut lidahnya jua...'


...tergerak pada kira-kira jam pukul lima sepuluh minit petang yakni pada tanggal sebelas hari bulan dua belas di dalam tahun dua ribu tujuh masihi yakni di dalam sekolah menengah kebangsaan panji alam di dalam bandar kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...