Halaman

Ahad, 22 Disember 2019

Gerak Yang Keempat Puluh Sembilan

"Maka diciptakan atas setiap ciptaan Tuhan itu adalah berpasang pasang dan berlawan lawan adanya, laksana akan kalimah Tauhid adalah berpasangan jua apakala engkau perhatikan akan kalimah itu adanya..."


gerak hatiku ini di kampung dusun dan kucatat pada hari ini di teluk pasu pada tanggal dua puluh tiga hari bulan dua belas di dalam tahun dua ribu sembilan belas masihi pada hari isnin pukul dua belas empat minit pagi.


...syukur dan selawat...

Ahad, 15 September 2019

Gerak Yang Keempat Puluh Lapan

"Maka ketahuilah kamu, wahai sekalian saudara-saudaraku, bahawa sesungguhnya adalah kejahatan hatimu itu apakala terbitnya kata-kata memuji-muji akan setiap kebaikan dirimu sendiri dan dirimu merendah-rendahkan kebaikan orang lain. Jua kejahatanlah bagimu tatkala dirimu merasa terlebih elok berbanding orang lain. Oleh hal yang demikian, maka adalah kata-kata yang ditimbang dengan seketul hati adalah terlebih berat daripada kata-kata yang disukat dengan sebatang lidah yang lembut. Demikianlah adanya..."


kunukil gerak hatiku ini di kampung dusun dan kucatat pada hari ini pada tanggal lima belas hari bulan sembilan di dalam tahun dua ribu sembilan belas masihi pada hari ahad pukul enam tiga puluh lima minit pagi.


...syukur dan selawat...

Khamis, 18 Julai 2019

Gerak Yang Keempat Puluh Tujuh

"Maka ketahuilah kamu, wahai sekalian anak Adam,  bahawa sesungguhnya menjaga seketul hati di dalam dada itu adalah diumpamakan mengawal seekur binatang buas adanya, manakala mengawal sebatang lidah di dalam mulut itu adalah laksana memelihara seekur binatang jinak jua adanya..."



kunukil gerak hatiku ini di sepanjang perjalanan ke tempat kerja dan kucatat pada hari ini pada tanggal delapan belas hari bulan tujuh di dalam tahun dua ribu sembilan belas masihi pada hari khamis pukul lapan lima minit pagi.

...syukur dan selawat...

Sabtu, 4 Mei 2019

Gerak Yang Keempat Puluh Enam

"Ketahuilah saudara-saudaraku sekalian, adalah tatkala seseorang itu mengasihi akan seseorang yang menggunung-gunung akan makanan bagi jasad nescaya seseorang itu akan menjadi lapar, akan tetapi sebaliknya tatkala seseorang itu mengasihi akan seseorang yang melaut-laut akan hikmat dan ilmu, nescaya seseorang itu akan menjadi kenyang buat selama-lamanya. Demikianlah adanya..."

...kunukil gerak hatiku ini selepas beberapa lama di laman ufuk nuraniku di dalam kuala nerus dan kucatat pada hari ini empat hari bulan lima di dalam tahun dua ribu sembilan belas masihi yakni pada hari sabtu.

...syukur dan selawat... 

Jumaat, 22 Februari 2019

Gerak Yang Keempat Puluh Lima

"Sesungguhnya, beringat-ingat akan kematian akan seseorang anak Adam itu adalah apakala ia berasakan tiap-tiap amal kebaikan yang ia lakukan atas dirinya itu adalah amalan kebaikan yang paling penghabisan dalam hayat kehidupan dirinya di dunia ini. Begitulah pula, beringat-ingat ia akan takut dari melakukan akan kejahatan jua. Demikian peringatan yang sebenar-benar adanya..."


...kunukil gerak hatiku ini selepas beberapa lama dan ketika dan melebihi satu bulan di laman ufuk nuraniku di dalam rumah isteriku dalam kuala nerus iaitu pada tanggal lima belas haribulan satu di dalam tahun dua ribu sembilan belas masihi dan kucatat pada hari ini dua puluh dua hari bulan dua di dalam tahun dua ribu sembilan belas masihi yakni pada hari jumaat pukul lima lima puluh satu minit petang bersamaan pada tujuh belas jamadil akhir di dalam tahun seribu empat ratus empat puluh hijri.

...syukur dan selawat...