Halaman

Ahad, 28 Mac 2021

Gerak Yang Kelima Puluh Tiga

"Ketahuilah olehmu wahai sekalian anak Adam, bahawa sesungguhnya pada jasad setiap daripada kamu adalah satu tulang belakang yang mendirikan sebuah tubuh. Adalah tubuh setiap daripada kamu, tatkala menilik daripada hujung sehelai rambut sampai ke hujung sebatang jari kaki yang paling panjang adalah diumpamakan sebuah kehidupan di dunia ini. Tilikkanlah olehmu, betapa tulang belakang yang banyak berdiri adalah terlebih baik daripada tulang belakang yang melebihkan berbaring, kerana yang berdiri itu adalah diumpama berbakti dan yang terbaring itu diumpama mati adanya..."


Gerak hatiku ini telah kucatat pada tanggal dua puluh delapan haribulan tiga di dalam tahun dua ribu dua puluh satu masihi dan kucatat di sini pada tanggal enam belas hari bulan empat di dalam tahun dua ribu dua puluh satu masihi bersamaan pada empat hari berpuasa Ramadhan di dalam tahun satu ribu empat ratus empat puluh dua hijriah yakni hari Jumaat pada pukul sembilan tiga puluh tujuh pagi

...syukur dan selawat...