Halaman

Selasa, 10 November 2020

Gerak Yang Kelima Puluh Dua

"Maka ketahuilah olehmu wahai sekalian anak Adam, bahawa sesungguhnya adalah pada kelaziman seseorang itu akan melihat dan menilik akan sesuatu kemenangan dan tiap-tiap kelebihan itu adalah terletak di atas jumlah bilangannya yang banyak dan lebih semata-mata. Maka tuntutlah dan hitunglah akan suriteladan olehmu akan jumlah ahli Badar..."



gerak hatiku ini telah dalam beberapa bulan kusimpan di dalam mata hatiku dan kucatat di sini pada tanggal sepuluh hari bulan sebelas di dalam tahun dua ribu dua puluh masihi pada hari selasa pukul tiga dua puluh enam minit petang.


...syukur dan selawat...

Ahad, 31 Mei 2020

Gerak Yang Kelima Puluh Satu

"Maka ketahuilah olehmu wahai sekalian anak Adam, bahawa sesungguhnya akan sampai pada satu ketika seseorang itu akan menyukai akan sesuatu perkara yang sepatutnya dia amat membencinya dan akan sampai pada satu ketika seseorang itu tidak menyukai akan sesuatu perkara yang sepatutnya dia amat menyukainya. Itulah hakikat buta dalam ertikata yang sebenar benarnya, yakni buta akan hatinya..."


gerak hatiku ini telah dalam beberapa hari kudakap dan kucatat di sini pada tanggal tiga puluh hari bulan lima di dalam tahun dua ribu dua puluh masihi pada hari ahad pukul satu lima puluh minit pagi.


...syukur dan selawat...

Selasa, 10 Mac 2020

Gerak Yang Kelima Puluh

"Betapalah satu saat yang telah pergi dari belakang seseorang itu dan tertinggal pula untuk berbuat ia satu kebajikan adalah tidak sekali kali dapat dikembalikan semula, biarpun seseorang itu berpaling untuk mengejarnya dengan lebihan umurnya yang masih tinggal..."


gerak hatiku ini telah lama kudakap dan kucatat di sini pada tanggal sepuluh hari bulan tiga di dalam tahun dua ribu dua puluh masihi pada hari selasa pukul sembilan dua puluh empat minit malam.


...syukur dan selawat...