Halaman

Sabtu, 8 November 2014

Gerak Yang Ketiga Puluh Satu

"Maka mendengarlah ia oleh seseorang anak Adam akan satu patah perkataan yang terkeluar daripada lidah seorang yang dekat dengan Allah s.w.t. seumpama seorang yang alim lagi warak itu adalah terlebih baik baginya daripada banyaknya berkata-kata seumpama seribu patah kata-kata kepada orang yang jahil adanya..."

...tergerak dari dalam tidurku 
pada malam ke delapan belas hari bulan dua 
di dalam tahun dua ribu empat belas masihi 
bersamaan sembilan belas rabiul akhir di dalam tahun 
seribu empat ratus tiga puluh lima hijrah dan 
kupenakan pada maghrib tanggal dua puluh hari bulan dua 
di dalam tahun dua ribu empat belas masihi jua.
...syukur dan selawat...

Selasa, 29 Julai 2014

Gerak Yang Ketiga Puluh (Gerak Yang Tertangguh - patut Gerak Yang Ketiga)

"Maka ketahuilah bahawa tiap-tiap kata-kata yang diucapkan daripada perdu hati seseorang anak Adam itu adalah diumpamakan laksana titah seorang raja adanya..."


...gerak ini telah terlahir dalam tahun dua ribu enam masihi 
dan diriku tidak ingat akan tarikh yang sebenar nyata.
 
...syukur dan selawat...

Gerak Yang Kedua Puluh Sembilan

'Ketahuilah olehmu bahawa adalah terlebih baik bagi kamu (walaupun hanya sekali) berfikir-fikir akan sesuatu akibat buruk terlebih dahulu akan daripada sesuatu perbuatan itu, daripada kamu berfikir-fikir akan hajat (walaupun seribu kali) untuk melakukan akan sesuatu kebaikan...(akan hal yang baik-baik)'.


...tergerak pada tanggal satu hari bulan lapan di dalam tahun dua ribu tiga belas masihi bersamaan pada tanggal dua puluh empat ramadhan di dalam tahun seribu empat ratus tiga puluh empat hijrah yakni sebulan ditintakan pada tanggal empat haribulan lapan bersamaan dua puluh enam ramadhan di dalam tahun yang sama bertempat di dalam rumah isteriku di dalam daerah kuala nerus kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...

Jumaat, 2 Mei 2014

Gerak Yang Kedua Puluh Lapan

'Adalah diciptakan segala makhluk itu di atas sifat kekurangan yang hakikatnya tersangatlah nyata. Maka tidaklah patut antara setiap anak Adam itu mencari yang lebih...'



...tergerak pada tanggal empat belas hari bulan tujuh di dalam tahun dua ribu tiga belas masihi bersamaan pada tanggal lima ramadhan di dalam tahun seribu empat ratus tiga puluh empat hijrah selepas solat maghrib bertempat di dalam rumah isteriku di dalam daerah kuala nerus kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman.

...syukur dan selawat...

Sabtu, 18 Januari 2014

Gerak Yang Kedua Puluh Tujuh

'Ketahuilah olehmu bahawa apa-apa yang masuk melalui rongga mulut itu yang kemudiannya jatuh ke dalam perut setiap anak Adam adalah diumpamakan musuh kepada Tuhan Zat Yang Maha Esa adalah kerana tiap-tiap yang diam di dalam perut itu adalah benih kepada segala zat nafsu semata-mata. Oleh hal yang demikian hendaklah engkau bunuh musuh Tuhanmu itu dengan mengecil-ngecil akan makan dan minum adanya...'


...dinukilkan pada tanggal sembilan zulhijjah di dalam tahun satu ribu empat ratus tiga puluh tiga hijrah bersamaan dua puluh lima hari bulan sepuluh di dalam tahun dua ribu dua belas masihi bertempat di dalam rumah isteriku di dalam daerah kuala nerus kuala terengganu di dalam negeri terengganu darul iman pada jam pukul lapan malam selepas solat maghrib dan setelah gerak ini menerpa ufuk nuraniku pada tanggal empat hari bulan sembilan di dalam tahun dua ribu dua belas masihi jua.

...syukur dan selawat...